Product Description
Kayrissa Hair & Beauty Salon merupakan salon patuh syariah di Sg. Buloh, Selangor yang berkonsepkan Muslimah Beauty bagi memenuhi kehendak dan keperluan wanita muslimah masa kini menjaga penampilan diri dengan lebih berkeyakinan dan berketrampilan.
Salon Kayrissa Hair menyokong usaha anda ke arah kehidupan beragama dengan memelihara aurat iaitu melalui pemakaian hijab.
Untuk memudahkan dan membantu anda memelihara rambut yang sihat dan cantik, kami sediakan Kayrissa Hair sebagai tempat untuk anda mendapatkan perkhidmatan yang terbaik dan selesa untuk anda.
Salon Wanita • Strictly Muslimah • Sg. Buloh, Selangor
Kayrissa Hair adalah salon EKSKLUSIF untuk wanita sahaja.
- Menawarkan ruang dalaman salon sebagai ruang santai bebas bagi pelanggan di mana anda bebas untuk membuka tudung anda dengan senang hati sambil berehat santai menunggu giliran sesi anda.
- Lelaki tidak dibenarkan masuk sama sekali bagi menjaga aurat dan keselesaan para pelanggan Kayrissa.
Perkhidmatan Salon Rambut, Facial & Make-Up
Kami menawarkan perkhidmatan:
- Menggunting rambut kanak/dewasa
- Mewarna rambut
- Henna rambut beruban
- Relaxing/ Rebonding
- Keratin Treatment Relaxing
- Hair Spa Treatment
- Scalp Treatment
- Facial
- Makeup Services


Reviews
There are no reviews yet.