Product Description
Perkhidmatan ‘business coaching & advisory’ professional khusus untuk perniagaan kecil di Malaysia.
Perkhidmatan ini disediakan oleh MIMMO Community Commerce Initiatives bagi pembangunan usahawan dalam komuniti untuk membantu usahawan nano, mikro & kecil di Malaysia meliputi pelbagai aspek:
- Pemasaran
- Jualan
- Penjenamaan
- Perakaunan
- Operasi Perniagaan
- Penjenamaan
- Strategi Perniagaan
- Pengurusan Peruncitan
- Perniagaan Berasas Perkhidmatan
- Supply Chain
- Rangkaian Jualan (Sales Distribution Network)
PENGENDALI SESI
Pasukan advisory berpengalaman luas dan bertahun-tahun di dalam business coaching & advisory for business melibatkan pelbagai macam masalah perniagaan dan juga untuk peningkatan prestasi perniagaan.
Rekod Terbaik — “800% Monthly Sales Increment Within Less Than A Year”
Rekod terbaik bagi inisiatif meningkatkan jualan bulanan secara berterusan (sales paradigm shift) hanya dengan peruntukan pengiklanan kecil.
Business Disaster Recovery (Pemulihan Perniagaan Bermasalah)
Elakkan perlaksanaan exit plan yang drastik atau tindakan terakhir secara pra-matang
Berpengalaman di dalam membantu usahawan mencari jalan keluar dan mendapatkan penyelesaian bagi perniagaan yang bermasalah serta melakukan business comeback di mana usahawan bangkit semula dengan lebih kukuh di pasaran.
Program ini penting dan mungkin boleh menyelamatkan perniagaan anda serta mengelakkan usahawan terpaksa melaksanakan exit plan yang drastik atau tindakan terakhir secara pra-matang – kesilapan biasa bagi ramai usahawan yang cepat panik dan kurang pengalaman.
Solusi ini adalah yang terbaik bagi usahawan yang sedang menghadapi fasa purging iaitu fasa paling perit ketika menghadapi masalah perniagaan usahawan.
Kepakaran ini termasuklah meletakkan perniagaan anda di atas track yang sepatutnya dan membina momentum untuk lonjakan semula perniagaan anda bagi proses business comeback.
Satu perkara anda perlu tahu:
There is NO MAGIC BULLET untuk kejayaan perniagaan anda. Hentikan mimpi anda!
Program Pemasaran Berterusan & Kreatif Dengan Kos Rendah Untuk Perniagaan Kecil
Pemasaran BUKAN sekadar pengiklanan & media sosial bukanlah segalanya
Antara kesilapan utama usahawan adalah kerana menyangkakan bahawa pemasaran adalah pengiklanan. Ini adalah kesilapan terbesar!
Satu lagi kesilapan adalah kerana berfikiran jumud atau terkongkong bahawa medium utama pemasaran adalah media sosial.
Bebaskan minda dan perniagaan anda dari kekangan minda tersebut bersama MIMMO.
Terdapat pelbagai macam kaedah dan langkah untuk pemasaran berterusan bagi perniagaan anda.
Tanpa pemasaran berterusan, sales pipeline anda mungkin akan kering dan menimbulkan masalah dari segi jualan tidak lama lagi.
BANTUAN KHIDMAT NASIHAT BAGI MASALAH PERNIAGAAN
Sekiranya usahawan sedang menghadapi kebuntuan di dalam perniagaan, anda boleh menggunakan sesi ini bagi mendapatkan “enlightenments” atau beberapa petunjuk berguna untuk memudahkan usahawan mula bertindak dengan lebih tepat.
Hanya nyatakan isu atau masalah perniagaan anda di dalam ruangan nota Booking.
ENTREPRENEUR & PUBLIC BUSINESS ADVISORY
Bagi usahawan yang bukan dan tidak berada di bawah mana-mana program pembangunan usahawan MIMMO, anda boleh membuat booking (tempahan) sesi penerangan & perbincangan melalui seksyen booking di sini.
Anda boleh mendapatkan pemahaman lebih mendalam bagaimana anda boleh bekerjasama bersama MIMMO untuk pembangunan perniagaan anda secara berterusan dan tersusun.
Pilihan Kaedah:
- VC – Video Conference atau Video Call.
- Telefon / Whatsapp Call.
Hanya ditawarkan pada hari KHAMIS & RABU setiap minggu
TIADA CAJ DIKENAKAN bagi sesi di bawah kategori ini.
PREMIUM ADVISORY & COACHING
Untuk booking sesi Premium yang dikhaskan bagi privileged members di bawah mana-mana program elit pembangunan usahawan MIMMO, sila hubungi kami melalui ruangan ‘Message Vendor’.


Reviews
There are no reviews yet.