Sign In

Kg. Tebing Tinggi, Perak – Colourful Life

Kg. Tebing Tinggi, Perak – Colourful Life

Category:

Product Description

Nak ‘experience’ real kampung life? Atau, nak melupakan masalah kehidupan bandar anda sebentar dan merasa kehidupan kampung yang luar daripada yang biasa anda lihat?

Jom berkunjung ke Tebing Tinggi Colourful Life di negeri Perak bersama Aku Budak Tebing.

Nak mengenal kehidupan kampung yang harmoni, di sinilah tempat untuk anda pilih.

  • Aktiviti memancing
  • Aktiviti menjala ikan di lombong & sungai
  • Aktiviti menjaring ikan di lombong
  • Aktiviti menjebak burung & membina jebak burung
  • Aktiviti “Kapal Layar Rembia”
  • Aktiviti “Rakit Buluh”
  • Aktiviti “Ikan Main”
  • Aktiviti “Layang Layang Petang”
  • Aktiviti “Kampung Bike Prix”
  • Aktiviti membuat “Senapang Tunjai”
  • Aktiviti “Perang Senapang Tunjai & Peluru Kabung”
  • Aktiviti “Sukaneka Rakyat”

Nak memancing & bersantai, lombong ada, sungai ada, parit ada. Nak menjala ikan, ada! Nak menjaring ikan, pun ada!

Atau, anda berminat nak mencuba membubu ikan?

Anda nak gunung & hutan beserta air terjun pun ada.

Sekali sekala, ada musim “Ikan Main”. Satu musim yang amat istimewa di mana anda boleh melihat pemandangan ribuan ikan dan paling menarik, anda boleh menangkap ikan hanya dengan tangan kosong, tanpa sebarang alat.

Bosan atau tak minat ikan? Ada macam-macam aktiviti lain lagi.

Nak main layang-layang kampung beramai-ramai? Aturkan bersama ‘geng’ baru anda di Tebing Tinggi Colourful Life.

Kadang-kadang ada pertandingan Kampung Bike Prix. Ini untuk budak-budak tapi fun. Macam-macam bentuk basikal kampung ada.

Atau, anda nak merasa aktiviti ‘menjebak burung’, pun ada! Malah kalau anda minat, Aku Budak Tebing boleh mengaturkan program membina jebak burung.

Nak pertunjukkan kebudayaan pun ada di sini.

Atau nak belajar cara membuat ‘senapang tunjai’?

Kalau musim durian, anda boleh mengadakan Durian Feast anda sendiri di sini. Berbakul-bakul durian untuk anda belasah selagi larat.

Nak ‘custom activities & program’ berkisar kehidupan kampung pun ada.

Penduduk pun memang ‘sporting’ dan ‘supportive’.

Macam-macam aktiviti anda boleh cuba di sini.

Hubungi akaun Facebook di bawah untuk mengatur program anda.

Reviews

There are no reviews yet.

Add Review

Add Review

Be the first to review “Kg. Tebing Tinggi, Perak – Colourful Life”

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.